Old school Swatch Watches

Benarkah Alquran Pengganti Alkitab?.

Di mana pun saya pergi dalam
dunia Islam, saya pasti berjumpa
dengan orang Islam yang mahu
menempiskan kesaksian saya
dengan satu senarai kritikan yang
mempersoalkan kedudukan Alkitab
(Bible). Satu daripada topik yang
sering diajukan ialah kesahihan
Alkitab. Ini biasanya usul pertama
yang dilemparkan kepada saya.
Mereka memberi amaran kepada
orang Islam lain supaya jangan
membaca Alkitab, kerana ia akan
sesatkan mereka. Apabila saya
menanyakan mengapa, jawaban
yang diberi ialah bahawa buku yang
saya miliki bukanlah kitab-kitab
yang Allah berikan kepada Nabi
Musa, Daud dan Isa.
Saya tertarik kepada hakikat bahawa
tidak ada tempat dalam Al-Quran
yang sebenarnya mengatakan
Alkitab telah diubah. Pada tahun-
tahun awal agama Islam, apabila
Alkitab belum ada dalam bahasa
Arab, orang Islam tidak pernah
membuat tuduhan ini. Tetapi
apabila Alkitab bahasa Arab dimiliki
dan diselidiki oleh orang Islam,
mereka mendapati banyak
perbezaan antara kisah-kisah yang
diceritakan dalam Alkitab dan Al-
Quran. Pada ketika itulah, orang
Islam yang pasti bahawa Al-
Quranlah buku yang benar,
menenunkan tuduhan bahawa
orang Yahudi dan Kristian telah
mengubah Alkitab.
Akan tetapi tuduhan ini tidak
selaras dengan kesaksian Nabi
Muhammad dan Al-Quran
mengenai Alkitab. Marilah kita
perhatikan beberapa penyataan Al-
Quran tentang isu ini (Haruslah
saya jelaskan di sini bahawa
penggunaan Al-Quran di sini bukan
bermaksud penerimaannya sebagai
teks yang berwibawa bagi orang
Kristian. Sebaliknya, kerana orang
Islam menganggap Al-Quran
sebagai buku berwibawa dalam
hidup mereka, maka adalah
kepercayaan saya bahawa mereka
mestilah akur kepada kebenaran
kesaksiannya tentang kesahihan
Alkitab):
Apakah sebenarnya kenyataan-
kenyataan dalam Al-Quran
mengenai Firman Allah yang telah
diberikan :
Kata-kata Allah tidak boleh
diubah:
Tidak adalah yang menukar
kalimat Allah.
Sesungguhnya telah
sampai kepadamu berita
rasul-rasul itu. (6.Al-
Anaam 34)
Kata-kata yang Nabi Muhammad
sampaikan sebagai ilham ilahi
sebenarnya bertujuan
mengesahkan dan melindungi
kitab-kitab sebelumnya:
Quran ini bukanlah diada-
adakan oleh yang lain
daripada Allah, bahkan ia
membenarkan (kitab) yang
dihadapannya dan
menerangkan kitab itu.
(10.Yunus 37)
Dan sebelum Quran, ada
kitab Musa (Taurat), jadi
ikutan dan rahmat. (Quran)
ini kitab yang
membenarkan (kitab-kitab
dahulu itu) dalam bahasa
Arab. (46.Al-Ahqaaf 12)
Nabi Muhammad digalakkan
untuk bertanya dengan orang
Yahudi dan Kristian:
Jika engkau syak wasangka,
tentang apa yang Kami
turunkan kepada engkau
(ya Muhammad) hendaklah
engkau tanyakan kepada
orang-orang yang
membaca Kitab sebelum
engkau. (10.Yunus 94)
Orang Kristian disuruh
mengambil pendirian mereka
dari Alkitab:
Hai ahli Kitab, kamu bukan
atas suatu (kebenaran),
kecuali jika kamu turut
Taurat dan Injil dan apa-
apa yang diturunan
kepadamu daripada
Tuhanmu. (5.Al-Maa-Idah
68)
Nabi Muhammad diperintahkan
untuk mempercayai kitab-kitab
yang diberi kepada Musa, Isa
dan nabi-nabi yang lain:
Katakanlah: Kami beriman
kepada Allah dan apa-apa
yang diturunkan kepada
kami dan apa-apa yang
diturunkan kepada
Ibrahim, ismail, Ishaq,
Yaqub dan anak-anaknya
dan apa-apa yang diberikan
kepada Musa, Isa dan
nabi-nabi dari Tuhan
mereka. (3.Ali ‘Imran 84)
Koleksi ayat-ayat Al-Quran ini
memberi satu pengesahan yang
kuat kepada semua kitab-kitab
sebelumnya yang terkandung
dalam Perjanjian Lama dan Baru
(Alkitab) dan nabi Muhammad
dihantar untuk mengesahkan
kesahihan kitab-kitab ini. Tetapi
beserta ayat-ayat ini, kita akan
menemui ayat-ayat lain di mana
nabi Muhammad meletakkan kata-
katanya selaras dan sama nilai
dengan teks-teks yang diilhamkan
Allah dalam Alkitab.
Walaupun terdapat rujukan yang
banyak kepada kesahihan dan
keaslian Alkitab sepertimana ianya
ada pada zaman nabi Muhammad,
saya masih dapati orang Islam cuba
mengelakkan hal ini dengan berkata
bahawa orang Kristian pada satu
ketika dalam sejarah telah
mengubah teks Alkitab. Tuduhan
tidak berasas ini adalah satu-
satunya cara mereka menjelaskan
mengapa ada beratus-ratus
perbezaan antara Alkitab dan Al-
Quran. Mereka enggan menghadapi
kemungkinan bahawa nabi
Muhammad telah menyatakan
sesuatu yang salah.
Saya sedar bahawa kesabaran perlu
untuk menjelaskan kepada orang
Islam bahawa Alkitab orang Kristian
boleh dipercayai, diilhamkan Allah,
dan terjemahan asli koleksi teks
yang awal boleh didapati dengan
banyak - kebanyakkan daripadanya
sebelum kedatangan nabi
Muhammad.
Alkitab yang dimiliki orang Kristian
hari ini masih asli dan serupa
dengan semua Alkitab yang ada
pada kurun-kurun yang lepas
(termasuk yang disalin sebelum
kedatangan Islam). Berikut adalah
beberapa sebab mengapa orang
Kristian mempercayai kenyataan
yang baru sahaja saya buat:
Ada pada hari ini sekurang-
kurangnya 30,000 naskah yang
ditulis sebelum kedatangan
Islam yang sama dengan dan
mengesahkan Alkitab milik
orang Kristian hari ini.
Skrol-skrol Laut Mati (the Dead
Sea Scrolls), banyak daripadanya
menjangkau balik kepada kurun
pertama sebelum Isa , adalah
pada hakikatnya sama dengan
teks bahasa Yahudi yang orang
Kristian miliki ada hari ini.
Tidak ada bukti dari mana-mana
masa dalam sejarah Kristian di
mana teks Alkitab berbeza
dengan apa yang ada hari ini
atau pada zaman Nabi
Muhammad.
Banyak daripada teks-teks
Alkitab sebelum-Islam ini
(dalam bahasa asalnya) ada
dipamerkan di muzium-muzium
di seluruh dunia.
Kebanyakkan perbezaan yang
wujud antara berbagai teks-teks
yang ada secara kasar
disebabkan oleh kesilapan
semasa penyalinan, dan tidak
ada satu akidah Kristian yang
telah berubah oleh kerana
kesilapan ini.
Perbezaan dalam banyak
terjemahan Alkitab yang ada
hanya membayangkan prinsip-
prinsip terjemahan yang
digunakan oleh penterjemah-
penterjemah yang berlainan.
Tidak ada kes, di mana
pemilihan perkataan yang
tertentu semasa penterjemahan
mengubah atau mempengaruhi
satu-satu akidah Kristian.
Jika orang Islam tetap berkeras
dalam tuduhan mereka bahawa
orang Kristian dan Yahudi telah
mencemarkan teks Alkitab, baik
Perjanjian Lama dan Baru;
Taurat mahupun Injil, maka saya
percaya adalah tanggungjawab
bagi mereka yang bersyak
wasangka untuk:
a. menampilkan naskah Alkitab
yang tulen dan asal
b. membuktikan siapa yang
telah melakukan perubahan-
perubahan yang kononnya
telah dilakukan
c. menyatakan bila pengubahan
itu berlaku dan
d. menunjukkan dengan tepat
apa yang telah diubah
Adalah baik untuk diingat bahawa
serangan asal Setan ke atas Adam
dan Hawa berpusat pada Firman
Allah dan bertujuan membuat
mereka sangsi akan kebenaran
penyataan Allah itu. Isa , apabila
menjawab godaan-godaan Setan,
menggunakan Firman Allah untuk
mengalahkannya. Kita juga mesti
mengelakkan diri daripada tidak
menggunakan Firman Allah kerana
sangsi akan kesahihan dan
kuasanya yang luarbiasa. Ingat,
"semua yang tertulis di Alkitab
diilhami oleh Allah dan berguna
untuk mengajar apa yang benar,
untuk menegur dan membetulkan
apa yang salah, dan untuk mengajar
orang supaya hidup menurut
kehendak Allah." (2 Timotius 3:16)

Back to posts