pacman, rainbows, and roller s

Islam Yang Sebenarnya.

Dalam bahasa Arab, perkataan
"Islam" bermaksud "tunduk" atau
"patuh". Jika seorang Muslim
ditanya, "Apakah itu Islam?",
biasanya dia akan menjawab,
"Agama yang tunduk kepada Allah,
satu-satu Tuhan yang benar."
Jawapan ini terlalu ringkas. Untuk
memahami Islam yang benar, satu
gambaran yang jelas yang
diperlukan. Untuk mendapat
gambaran yang jelas ini, satu
penelitian sejarah diperlukan.
Islam Dalam Sejarah
Sebelum Islam bertapak di tanah
Arab di bawah pimpinan
Muhammad, terdapat empat jenis
kepercayaan yang berpengaruh di
sana.
1. Arab Jahiliah
Mereka ini penyembah-penyembah
berhala yang percaya kepada satu
Tuhan yang Maha Tinggi, dewa-dewi
dan berbagai jenis kuasa ghaib.
Walaupun begitu, sebilangan besar
daripada mereka (terutamanya bani
Quraisy di Mekah) mengaku diri
mereka dari keturunan Ibrahim.
Rumah berhala mereka yang
terkenal ialah Kaabah yang
bertempat di Mekah. Di dalamnya
terdapat berbagai objek-objek
pujaan dan berhala.
2. Yahudi
Pada zaman Muhammad, terdapat
ramai orang Yahudi di tanah Arab.
Sebilangan besar dari mereka
bukan Yahudi sejati melainkan yang
telah memeluk agama Yahudi.
Menurut Yaqubi, bani Yahudi
Quazah dan Nadhir di Madinah
merupakan suku-bangsa Arab
Jurham yang telah diyahudikan.
Orang Yahudi pada masa itu lebih
berpengetahuan tentang dongeng
rakyat dan tulisan ulama mereka
daripada apa yang sebenarnya di
tulis dalam Taurat. Malah, ada yang
telah lupa bahasa asal mereka dan
tidak dapat lagi membaca kitab
Taurat yang ditulis dalam bahasa
Ibrani. Kerana ulama-ulama Yahudi
sahaja yang memahami kitab
Taurat, ayat-ayat dari kitab itu
terpaksa diterjemahkan secara
spontan ke dalam bahasa Arab
dalam upacara-upacara
sembahyang umum.
3. Kristian
Orang yang pertama menjadi
Kristian ialah orang Yahudi. Mereka
berbeza dengan orang Yahudi lain
kerana menerima Isa sebagai Al-
Masih yang telah dijanjikan Allah.
Apabila semakin ramai orang
bukan-Yahudi memeluk agama
Kristian, mereka mula membentuk
identiti mereka sendiri. Pada
zaman Muhammad, orang Kristian
telah wujud selama enam ratus
tahun. Dalam masa yang singkat
itu, agama Kristian berjaya menjadi
agama utama di Timur Tengah.
Akan tetapi orang Kristian pada
masa itu telah pudar semangat dan
banyak ajaran-ajaran sesat telah
berjaya memecahbelahkan
penduduk Kristian kepada
kelompok-kelompok yang
bertentangan fahaman. Ramai orang
keliru tentang fahaman Kristian
yang benar terutamanya mereka
yang tidak berpeluang membaca
Alkitab (gabungan kitab Taurat,
Mazmur dan Injil) untuk mengkaji
isu-isu yang diperdebatkan.
Suasana ini merebak ke tanah Arab
yang pada masa itu tidak memiliki
Alkitab dalam bahasa Arab. Orang
Kristian di tanah Arab pada masa
itu terdiri dari golongan Nestoria,
Baizantin dan Monofisit. Golongan
Baizantin dan Monofisit merupakan
dua golongan paling berpengaruh
dan merekalah yang menimbulkan
perbalahan apabila memanggil
Maryam, Ibu Tuhan. Maka tidak
hairanlah jika suasana seperti itu
telah menghalang Muhammad
daripada mendapatkan ajaran
Kristian yang benar.
Akhirnya, penyebaran ajaran-ajaran
sesat ini dapat disekat dan
dibetulkan. Prosesnya mengambil
masa yang lama kerana campur
tangan berbagai pihak yang
berkuasa. Apabila umat Kristian
berjaya bangkit dari kemelut akidah
yang telah memecahbelahkan
mereka, Islam telah pun bertapak
di Timur Tengah dan Afrika Utara.
4. Hanif
Perkataan Hanif bermaksud "Dia
yang berpaling" iaitu daripada
penyembahan berhala. Orang Hanif
ialah orang Arab Jahiliah yang telah
dipengaruhi oleh fahaman Yahudi
dan Kristian lalu mereka menolak
amalan penyembahan berhala.
Mereka tidak berjemaah tetapi
percaya agama yang benar ialah
agama yang dipegang bapa bangsa
mereka, Ibrahim.
Agama Yahudi, Kristian dan Islam
masing-masing menuntut mewakili
agama Ibrahim yang sebenar.
Adalah menarik bahawa dari empat
Hanif yang diceritakan oleh Ibn
Ishaq, tiga daripada mereka
menemui kebenaran yang dicari-
cari mereka dalam agama Kristian.
Hanif yang pertama ialah Waraqah
bin Naufal, sepupu Khatijah, isteri
pertama Muhammad. Dia memeluk
agama Kristian dan menjadi
seorang Kristian yang terpelajar.
Walaupun dia adalah saudara dan
penasihat rohani Muhammad, dia
tidak pernah memeluk agama
Islam. Selepas kematiannya,
Muhammad telah bermimpi
melihat Waraqah berpakaian putih
dan mengambilnya sebagai tanda
Waraqah selamat di syurga.
Hanif kedua ialah Abdullah bin
Jashy. Pada mulanya dia memeluk
agama Islam tetapi kemudiannya
memeluk agama Kristian setelah
berhijrah ke Habsyah akibat
penganiayaan di Mekah. Abdullah
selalu bersaksi kepada pelarian
Islam yang lain tentang
pengalaman rohaninya yang baru
itu. Dia pernah berkata, "Kami
(Kristian) melihat dengan jelas
tetapi kamu (Islam) mengerdip
mata sahaja." Maksudnya jelas –
Abdullah percaya bahawa orang
kristian mempunyai pandangan
yang jelas dalam hal-hal rohani
manakala Islam masih belum
berjaya melihat terang kebenaran
Allah.
Hanif yang ketiga ialah Usman bin
Huarith. Dia merupakan saudara
isteri pertama Muhammad dan
memeluk agama Kristian semasa di
Baizantin.
Hanif yang keempat, Zaid bin Amru,
tetap Hanif sampai akhir hayatnya.
Dikatakan dia selalu berdoa, "Ya
Allah. Jika aku tahu jalan mana yang
paling Engkau berkenan, aku akan
menyembah-Mu dengannya. Tetapi
aku tidak tahu."
Sebelum kerasulannya, Muhammad
merupakan seorang Hanif. Pada
setiap tahun, di bulan Ramadan, dia
akan pergi bertapa di Gua Hira yang
berdekatan dengan Mekah. Amalan
ini sebenarnya berasal daripada
orang Kristian di Syria yang
kemudiannya menjadi popular di
kalangan orang Arab.
Mengikut ajaran Islam, kenabian
Muhammad bermula pada satu
malam pada bulan Ramadan apabila
dia terdengar satu suara menyuruh
dia "mengucap" (yakni ayat-ayat Al-
Quran yang bakal diturunkan
kepadanya). Suara ini didengarnya
ketika dia sedang bertapa di Gua
Hira. Apabila dia
mempertimbangkan kata-kata
tersebut, malaikat Jibrail telah
menjelma dan memberitahunya,
"Muhammad! Engkaulah rasul
Allah."
Pada mulanya Muhammad
menyebarkan mesej Islam di
kalangan orang Arab sahaja. Selepas
dia berhijrah ke Madinah (yang
banyak berpenduduk Yahudi), dia
cuba memujuk orang Yahudi
menerimanya sebagai seorang nabi
setaraf nabi-nabi dalam kitab
Taurat. Muhammad mengelar orang
Yahudi dan Kristian "ahli-ahli kitab".
Walaupun begitu, orang Yahudi
menentang Muhammad dan
menolak mesejnya. Mereka yakin
kitab suci mereka tidak
menyatakan apa-apa tentangnya.
Sejak dari itu, Muhammad mula
bermusuhan dengan mereka.
Apabila ditanya sama ada orang
Islam orang Yahudi atau Kristian,
Al-Quran mengarahkan orang Islam
untuk memberi jawapan ini:
Berkata mereka itu: Beragama
Yahudilah kamu, atau beragama
Nasrani, supaya kamu mendapat
petunjuk. Katakanlah: Bahkan
agama Ibrahim yang lurus (kami
ikut), dan bukanlah dia termasuk
orang-orang musyrik. Katakanlah:
Kami telah beriman kepada Allah
dan (Kitab) yang diturunkan kepada
kami dan apa-apa yang diturunkan
kepada Ibrahim, Ismail, Ishaq,
Yaqub dan anak-anaknya (begitu
juga kepada kitab) yang diturunkan
kepada Musa dan Isa, dan apa-apa
yang telah diturunkan kepada nabi-
nabi dari Tuhan mereka, tiadalah
kami perbezakan seorang juga di
antara mereka itu dan kami patuh
kepada Allah. Maka jika mereka
beriman seperti keimanan kamu,
sesungguhnya mereka mendapat
petunjuk; tetapi jika mereka
berpaling (tiada beriman seperti
keimananmu), maka hanya mereka
dalam perpecahan (dengan kamu);
maka engkau akan dipeliharakan
Allah dari kejahatan mereka, dan
Dia Mahamendengar, lagi
Mahamengetahui. (2 Surah Al-
Baqarah ayat 135-137)
Apabila ayat-ayat ini yang
dipandang dari sudut sejarah, maka
jelaslah agama Islam merupakan
satu panggilan untuk kembali
kepada agama Ibrahim dan mesej
nabi-nabi Allah. Apakah ini telah
dilakukan penganut agama Islam?
Apakah Islam hari ini mewakili
agama Ibrahim, Ismail, Ishaq dan
Yaqub yang sebenar? Apakah kitab
Musa dan Isa ditaati hari ini oleh
pengikut Islam?
Agama Ibrahim
(Ingatlah) ketika Tuhan berfirman
kepada Ibrahim: Islamlah engkau!
Jawabnya: Saya telah Islam(patuh
mengikut) Tuhan semesta alam. (2
Surah Al-Baqarah ayat 131)
Siapakah yang terlebih baik
agamanya dari orang yang
menundukkan mukanya kepada
Allah sedang ia berbuat kebaikan
dan mengikut agama Ibrahim yang
lurus? Allah telah mengangkat
Ibrahim itu sebagai tolan (sahabat).
(Surah An-Nissak ayat 125)
Agama Ibrahim ialah agama
penundukan dan ketaatan kepada
perintah-perintah Allah. Ibrahim
menikmati banyak berkat kerana
kejayaannya tunduk dan taat
kepada Allah. Dia telah diberi anak
yang soleh walaupun sudah
berusia, anaknya ditebus Allah
ketika Ibrahim patuh kepada arahan
Allah (melalui mimpi) untuk
menyembelih anaknya dan dia
dijadikan imam bagi manusia. Akan
tetapi berkat paling besar dialami
Ibrahim ialah penghormatan
menjadi sahabat Allah.
Bagaimana dengan anda hari ini?
Apakah anda berjaya tunduk dan
taat kepada perintah-perintah Allah
Ibrahim, Ishaq dan Yaqub? Apakah
berkat-berkat yang telah anda alami
sebagai hasil kepatuhan ini? Apakah
anda seorang sahabat Allah?
Mengapakah Allah berkenan kepada
nenek moyang kita Ibrahim? Allah
berkenan kepada Ibrahim kerana
perbuatan Ibrahim, iaitu
mempersembahkan Ishaq, anaknya
di atas mezbah, sebagai
persembahan kepada Allah. Kamu
tidak nampakkah bahawa Ibrahim
menunjukkan imannya dengan
perbuatannya? Oleh itu, iman
Ibrahim menjadi sempurna.
Perkara itu sesuai dengan ayat
Alkitab, "Ibrahim percaya kepada
Allah, dan kerana imannya Allah
menerima dia sebagai orang yang
melakukan kehendak Allah." Itulah
sebabnya Ibrahim disebut sahabat
Allah. (Yakub bab 2 ayat 21-23)

Back to posts